top of page

Informasi Ringkas tentang puyuh.

 

- Puyuh Jantan di bahagian dada terdapat warna keperangan tanpa tompok hitam diatasnya.

- Puyuh Betina mempunyai tompok-tompok hitam di bahagian dada dan sebilangan mempunyai dada bewarna perang seperti jantan tetapi masih mempunyai tompok-tompok hitam diatasnya.

- Bagi puyuh putih, Jantan terdapat isi lebih dibahagian punggung manakala si betina berpunggung licin.

- Tempoh matang bagi seekor puyuh adalah 40 hari. Kebiasaan tempoh ini puyuh sudah boleh dijual, dimakan atau diasingkan untuk proses mengawan.

- Umur 30 - 40 biasanya umur yang ideal untuk dijadikan puyuh segar, peringkat ini lemak kurang dan isi padat dan lembut.

- Nisbah bagi puyuh 2:10 iaitu 2 jantan 10 betina.

- Puyuh penelur disimpan lebih kurang 8 - 9 bulan sebelum dijadikan sebagai puyuh pencen segar kerana penghasilan telur berkurangan dan kurang elok untuk dijadikan benih.

- Waktu ideal puyuh meghasilkan telur adalah pada waktu petang sekitar jam 3.00ptg - 7.00mlm.

- Suhu untuk penetasan telur puyuh 35`C - 37`C.

- Puyuh betina masih menghasilkan telur walaupun tiada penjantan tetapi telur yang dihasilkan tidak sesuai dieram kerana tiada benih didalamnya.

 

Perhatian.

 

* Elakkan ada bucu di reban puyuh kerana puyuh akan berkumpul dibahagian tersebut dan puyuh amat suka bertelur dibahagian tepi reban.

* Jangan dedahkan anak puyuh yang baru menetas pada suhu yang sejuk kekalkan haba secukupnya sehingga umur mencapai 2 minggu barulah anak puyuh tidak memerlukan haba 24jam.

* Bagi mendapatkan puyuh yang bagus :

- haba secukupnya bermula 1 - 14 hari.

- makanan yang mencukupi.

- ruang yang selesa.

- kebersihan kandang/reban.  

* Elakkan beri hampas kelapa kerana disyaki penyebab puyuh tidak bertelur.

 

Harga Jualan

 

- Puyuh segar RM 10.00 1pack = 4 ekor.

- Puyuh Rempah / KunyitRM 10.00 1pack = 3 ekor.

- Telur Puyuh RM 2.50 1pack = 15 biji.

 

- Anak Puyuh umur :

* 2 minggu RM 1.80 seekor.

* 3 - 4 minggu RM 3.00 seekor.

* induk RM 5.00 seekor.

 

 Jika berminat sila pm / msg / call / whatsapp untuk tempahan dan sila datang ke tempat yang akan diberitahu untuk mengambil.  Sila maklumkan lebih awal untuk penyediaan barang / stok harap maklum. Terima kasih kerana percaya kerja kami.

 

Puyuh untuk daging

Puyuh untuk daging

Brooder anak puyuh.

Brooder anak puyuh.

Setelah puyuh menetas, ia dimasukkan kedalam brooder/reban didik setelah sehari didalam inkubator. Anak-anak ini dibiarkan sehingga genap umur 15/16 hari. Semasa berada didalam brooder/reban didik lampu atau kepanasan mestilah diambil kira bagi mengelakkan kesejukkan dan mati akibat ditimpa/dipijak yang lain. Makan dan minum yang secukupnya juga perlu dititik beratkan dan ambil sirius kerana jika kekurangan makan sehingga mencapai umur 15 hari, ia akan terbantut pembesaran dan daging tidak padat

Puyuh sebelum dipilih telur/daging.

Puyuh sebelum dipilih telur/daging.

Puyuh dilepaskan dalam reban lantai setelah cukup umur 15-16 hari, dibiarkan sehingga mencapai umur 40 hari kemudian dipilih dan diasingkan sama ada untuk dijadikan penelur(benih) atau puyuh segar(frozen).

Puyuh untuk daging

Puyuh untuk daging

Puyuh untuk daging

Puyuh untuk daging

Gambar lama.

Gambar lama.

permulaan semasa beljar menternak, bermulakan dengan 20 ekor dan reban atas digunakan.

Reban penelur

Reban penelur

lantai puyuh harus condong ke belakang supaya telur yang dihasilkan bergolek dan mengumpul di bahagian hadapan. Lantai di panjangkan melebihi reban supaya kerja mengutip telur mudah dan telur juga selamat.

Puyuh Penelur.

Puyuh Penelur.

nipples digunakan untuk mengurangkan kerja mengisi air setiap hari kerana ia berfungsi secara automatik.

nipples/tempat minum auto reban atas

nipples/tempat minum auto reban atas

nipples digunakan untuk mengurangkan kerja mengisi air setiap hari kerana ia berfungsi secara automatik.

​I'm your footer​​

You can add social links, copyright text etc. 

​Just click 'Show on all pages' and you can drag whatever you like to the footer. The header works the same way.

 

© 2023 by My One Pager. Proudly created with Wix.com

Your details were sent successfully!

  • b-facebook
  • Twitter Round
  • b-googleplus
bottom of page