top of page

Ayam Selasih

*  Ayam selasih kacukkan Ayam Cemani(indonesia) / Ayam Kedu dan sejenis ayam dari china(white phoniex).

* Ciri-ciri Ayam selasih paling ketara adalah warna yang gelap pada daging, balung, gelembir, kaki, paruh dan hampir keseluruhannya bewarna hitam/gelap termasuk darah. Selain itu saiz ayam ini 2 kali ganda saiz ayam kampung dan beratnya boleh mencecah 4-5 kg seekor.

* Faktor-faktor yang membuatkan ayam ini menjadi tumpuan dan harganya tinggi adalah disebabkan:

1. Tujuan Pencarian Rezeki

- Melihat dari keistimewaan dan keunikan ayam tersebut, beberapa kriteria yang tidak dimiliki ayam lain, sehingga Ayam ini memiliki nilai dan kelas tersendiri, dengan tarafnya yang sangat istimewa, selain dariapada sebagai peliharaan peribadi atau koleksi, konon dengan memelihara ayam tersebut dapat mendatangkan banyak rezeki bagi yang memiliknya

2.Sebagai Syarat Keperluan Khadam dalam Ritual Ghaib

- Ayam ini banyak dicari orang sebagai syarat keperluan khadam dalam ritual ghaib seperti : ritual penggalian harta karun (sajen khodam) perubatan, rawatan bangunan, gedung, mall, plaza, hotel, toko, pejabat, rumah, dll, untuk rawatan pelaris perniagaan di kantin, toko, kios,pasar, dll. untuk ritual pembangunan projek-projek besar seperti : pembangunan jambatan, empangan, terowong, pembangunan jalan tol, terminal, pelabuhan serta projek-projek besar lain yang berhubungan dengan Alam. Selain itu Ayam Selasih/Cemani boleh juga di gunakan untuk rawatan syukuran bumi, laut, gunung/kawah, memandikan benda pusaka, serta buang sial, sulit jodoh, pemikat lawan jenis bagi seseorang.

3. Memperolehi Ilmu Kesaktian

- Dahulu kala Ayam ini sering digunakan oleh para Raja, Jawara, ahli tarikat sebagai syarat sajian untuk penguasaan ilmu tertentu agar tercapai ilmu kesaktian-nya.Tapi sekarang ayam ini sukar dicari.Boleh dikatakan Ayam ini adalah Ayam termahal di dunia.

 

Keistimewaan Ayam Selasih.

- Melancarkan peredaran darah.

- Baik untuk pesakit diabetis/kencing manis.

- Melegakan sakit pinggang, urat dan sendi.

- Melegekan  migran dan membuang angin dalam badan.

- Menaikkan seri wajah dan kesihatan kulit baik.

- Untuk wanita selepas bersalin memulihkan peranakan.

- Mengstabilkan putaran haid.

- Baik untuk pesakit asma.

 

Sumber dari :

http://ayamdali.blogspot.com/2011/04/sejarah-dan-kegunaan-ayam-selasihcemani.html

 

 

Ayam Serama.

Ayam Serama Malaysia merupakan sejenis baka yang agak baru. Sejarah dan asal usulnya yang tepat tidak jelas. Terdapat lagenda yang mengatakan ia merupakan keturunan dari pembiakan silang di antara burung merpati dan ayam. Cerita lain mengisahkan asal bermula dari pemberian hadiah ayam katik oleh Raja Siam kepada sultan tempatan pada zaman dahulu. Serama dipercayai berasal dari Kelantan, sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia (berdekatan bersempadanan dengan sempadan Thailand di pantai timur).Baka moden ayam Serama dipopularkan oleh Wee Yean Een dari Kelantan, yang memberi nama "Serama" bersempena dengan Raja Sri Rama, sebuah watak di dalam Wayang Kulit. Baka ini pertama kali dipamerkan pada tahun 1990. Tahun 2000 merupakan kemuncak popularitinya di Malaysia. Baka ini terjejas teruk semasa wabak selselema burung pada tahun 2004 apabila lebih dari 50,000 ekor serama telah dihapuskan. Walaubagaimanapun, baka ini mendapat kembali kemahsyurannya di Malaysia.Tidak terdapat penulisan piwaian bagi baka di Malaysia, maupun sebarang tradisi persatuan ayam. Kebanyakan maklumat difahami oleh penternak dan disebarkan secara lisan. Ramai penternak memiliki stail atau jenis yang mereka ternakkan, tetapi sering kali penternak menyimpan beberapa stail. Stail ini sering kali dinamakan sempena gambaran darah keturunan jaguh (contohnya. Husin, Mat Awang), dan juga bentuk umum, ciri-ciri atau kelakuan (contoh. bentuk kurus, bentuk bola, bentuk naga, teleng, stail robot). Dengan itu terdapat banyak kepelbagaian di Malaysia. Kesemua stail berlainan berlawan sesama sendiri dalam pertandingan meja terbuka (sering kali digambarkan sebagai "pertandangan cantik") dan dihakimi oleh para hakim.Serama Malaysia tidak terhad oleh satu set piwaian di negara asalnya, ini adalah mengapa Serama Malaysia telah berubah begitu banyak dalam tempoh singkat dan masih berubah sehingga sekarang. Terdapat usaha bagi mengesa satu badan rasmi menentukan set piwaian bagi pelbagai stail. Bagaimanapun, sesetengah orang Malaysia menegaskan bahawa piwaian tidak patut ditentukan kerana ia akan menghadkan baka. Salah seorang penternak ayam Serama yang berpengaruh menyamakannya seperti kereta: "Reka bentuk bagi kereta sempurna tidak ditetapkan oleh kerajaan, jadi kenapa mereka perlu menetapkannya bagi ayam Serama. Teknologi sentiasa maju dan kita belajar dan mereka benda baru. Jadi kenapa ia perlu berbeza bagi ayam."

 

Di Eropah.

Ayam Serama mula diimport masuk ke UK sekitar 2003-2004. Ayam Serama ini diimport dari Amerika dan secara langsung dari Malaysia. Asas kawanan ayam Serama di UK terdiri daripada hanya beberapa dozen ayam. Pada tahun 2005, sekumpulan kecil pemilik ayam Serama dan peminat memutuskan untuk Kelab Ayam Serama British <refKelab ayam Serama British</ref>, kelab ayam Serama pertama di UK. Mereka menubuhkan piwaian bagi baka Serama Inggeris. Akhirnya pada tahun 2008, kelab ini telah diiktiraf secara rasmi sebagai kelab penternak gabungan dengan Kelab Ayam Great Britain.[1]Ayam Serama masih agak jarang dan mahal sebahagian besar tanah besar Eropah. Belanda mungkin memiliki bilangan ayam Serama terbesar di luar UK. Kebanyakan baka di Belanda adalah keturunan dari ayam / telur yang diimport dari Amerika dan dari UK.

 

Ciri-ciri umum.

Ayam Serama merupakan ayam teringan di dunia. Biasanya bawah dari 500g, tetapi dengan ayam yang lebih kecil bawah 250g telah dibiakkan di negara asalnya Malaysia. Ayam Serama bercirikan oleh bentuk badan tegak mereka, dada penuh, bulu ekor ditegakkan dan rapt pada badan dan sayap mendatar dipegang hampir mencecah tanah. Di Malaysia ia digambarkan sebagai pahlawan berani dan ayam malaikat, kerana penampilan mereka menyerupai manusia.

 

Sumber dari :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Serama

​I'm your footer​​

You can add social links, copyright text etc. 

​Just click 'Show on all pages' and you can drag whatever you like to the footer. The header works the same way.

 

© 2023 by My One Pager. Proudly created with Wix.com

Your details were sent successfully!

  • b-facebook
  • Twitter Round
  • b-googleplus
bottom of page